Main PC andadimana-mana sahaja

Dengan Steam Link, lancarkan permainan yang telah dipasang pada PC permainan anda dimana-mana sahaja. Selagi PC anda telah dihidupkan dan Steam telah dibuka, anda boleh memulakan permainan baru atau meneruskan permainan dimana-mana sahaja di dalam dunia.
Backbone controller frame
Sorotan permainan Elden Ring pada Steam Link menggunakan Backbone One*

Langkah permulaan dengan Steam Link

1
Sambung kepada alat kawalan permainan
Sambung telefon anda kepada Backbone One atau mana-mana alat kawalan permainan lain yang disokong.
2
Buka app mudah alih Steam Link
Tekan “Mula Bermain“ dan anda akan ditujukan kepada perpustakaan Steam anda. Pastikan PC anda telah dihidupkan dan Steam telah dibuka.
3
Mula bermain
Anda kini sedang bermain PC anda dari peranti mudah alih anda dengan alat kawalan yang telah disambungkan.

Muat turun app Steam Link percuma untuk bermula

Hanya beberapa ketikan diantara anda dan kebolehan untuk membawa PC di dalam poket anda.

Apa yang anda perlukan

Pastikan anda menyediakan item-item berikut sebelum bermula.
Peranti mudah alih yang serasi
PC Permainan dengan Steam telah dipasang
Alat kawalan Backbone One
Sambungan internet
App Steam Link
App Backbone

Bagaimana Steam Link berfungsi?

Cari jawapan kepada soalan yang selalu ditanya dibawah atau terus ke khidmat pelanggan Steam untuk maklumat lanjut.
Lawati khidmat pelanggan Steam
Adakah saya perlu memiliki PC permainan?
􀅼

Ya, Steam Link memerlukan anda untuk mendaftar masuk ke dalam Steam dari PC. Mana-mana PC juga boleh-- sama ada ianya milik anda, disewa, atau dipinjam, keputusan ditangan anda. Tiada PC? Tiada masalah. Setiap pembelian Backbone One turut disertakan percubaan kepada perkhidmatan penstriman permainan awanan paling terkenal, termasuk Xbox Game Pass Ultimate. Xbox Game Pass Ultimate membenarkan anda bermainan permainan terkenal seperti Halo Infinite dan Forza Horizon 5. Ketahui lebih lanjut disini playbackbone.com/gamepass/

Adakah PC saya serasi?
􀅼

Sebarang PC yang telah dipasang Steam adalah serasi. Windows, Linux, dan MacOS, kesemuanya adalah sistem pengoperasian yang disokong. Tiada PC? Tiada masalah, terdapat pelbagai perkhidmatan penstriman awanan yang tidak memerlukan konsol untuk memainkan permainan terbaru seperti Halo Infinite dan Forza Horizon 5. Ketahui lebih lanjut di playbackbone.com/platforms/

Bolehkah saya bermain semua permainan Steam saya?
􀅼

Sebarang permainan yang telah dipasang kedalam perpustakaan Steam anda boleh dimainkan secara jauh. Malah anda boleh memuat turun permainan baru secara jauh melalui app Steam Link. Tidak ingin menunggu lama untuk pemasangan? Cuba strim permainan menggunakan Xbox Game Pass Ultimate. Senarai permainan Steam yang telah dioptimumkan untuk telefon boleh didapati disini:https://store.steampowered.com/remoteplay_phone/

Adakah saya perlu memiliki permainan Steam untuk bermainnya secara jauh?
􀅼

Ya. Untuk bermain permainan secara jauh, anda perlu membelinya melalui Steam dan memasangnya pada PC anda. Jangan risau, sekiranya anda terlupa untuk memuat turun permainan sebelum anda meninggalkan rumah, anda juga boleh memasang permainan baru menggunakan app Steam Link.

Adakah saya perlu berada di rumah untuk menggunakan Steam Link?
􀅼

Tidak! Itulah keindahan Steam Link. Selagi anda mempunyai sambungan internet yang stabil dengan telefon anda melalui wi-fi atau data selular, maka perpustakkan Steam anda dapat diakses dimana-mana sahaja. Main dari kerusi malas di rumah nenek atau dari pantai di pulau terbiar. Pastikan PC anda telah dihidupkan dan Steam telah dibuka bagi membolehkan penggunaan Steam Link.

Apakah perbezaan diantara Steam Deck dan Steam Link?
􀅼

Steam Deck adalah komputer permainan genggam sepenuhnya dengan bateri dan storan lokalnya tersendiri. Steam Link ialah satu ciri yang membenarkan permainan yang telah dibeli dan dipasang sebelum ini untuk dimainkan dari peranti lain (contohnya telefon).

Apa yang diperkatakan oleh orang lain
tentang pengalaman mereka
"Saya amat gemar menggunakannya, ianya amat mengagumkan. Saya dapat bermain permainan Steam dan menggunakan batang analog. Mantap!"
— Barbara di Midlothian
"Berfungsi dengan sempurna dengan iPhone XR saya, boleh digunakan dengan setiap permainan Apple Arcade, dan hampir semua permainan app store, termasuk Steam Link dan Moonlight."
— Riley di USA
"Alat kawalan kecil hebat yang menukar telefon saya kepada switch. Sangat sesuai untuk Apple Arcade disamping Steam Link, butang-butang dan batangnya sangat responsif meskipun bersaiz kecil."
— Justin di Golden

Elden Ring app icon
Elden Ring
Bandai Namco

Permainan Steam kegemaran anda dimana-mana sahaja

Cari semua permainan serasi yang boleh dimainkan pada Backbone.
Lihat semua permainan
Backbone One
Alat Kawalan Mudah Alih
4.6 (28,697 ulasan)
iPhone 12 yang dipasang pada alat kawalan permainan iOS Backbone One dengan Call of Duty: Mobile dipaparkan dalam aplikasi Backbone iOS
iPhone 12 yang dipasang pada alat kawalan permainan iOS Backbone One dengan Call of Duty: Mobile dipaparkan dalam aplikasi Backbone iOS
Alat kawalan permainan iOS Backbone One dengan sudut sisi menghadap skrin tanpa pemasangan telefon mudah alih

Akses percuma kepada lebih 350 permainan konsol & faedah istimewa yang disertakan dengan pembelian Backbone One
1 months percubaan percuma bagi Game Pass Ultimate
1 months percubaan percuma bagi Game Pass Ultimate
Percubaan percuma Discord Nitro selama 3 bulan
Percubaan percuma Discord Nitro selama 3 bulan
1 months percubaan bagi Apple Arcade
1 months percubaan bagi Apple Arcade
Tukarkan telefon anda menjadi konsol permainan terulung. Pasang dan main sebarang permainan atau perkhidmatan yang menyokong alat kawalan, seperti Xbox Game Pass Ultimate dan Apple Arcade, atau strim secara terus melalui Xbox, PlayStation, atau PC. Tidak perlu mengecas, tidak perlu menunggu kemas kini, dan tidak perlu melakukan persiapan yang melecehkan. Terokai dunia permainan mudah alih baru dalam sekelip mata.