Main permainan PlayStation® anda dari mana sahaja* dengan mudah.

Dengan PS Remote Play, lancarkan permainan yang dipasang pada PlayStation® anda daripada telefon anda. Selagi PlayStation® anda ada sambungan elektrik dan internet serta dihidupkan, anda boleh memulakan permainan baharu atau meneriskan semula dari mana-mana sahaja di seluruh dunia*.

*PS4™ atau PS5™ dan internet jalur lebar diperlukan untuk menstrimkan permainan anda kepada peranti lain. Untuk maklumat lanjut, sila lawati Khidmat Pelanggan PS Remote Play

Backbone controller frame
Permainan Horizon Forbidden West pada PlayStation® Remote Play menggunakan Pengawal Backbone One untuk iOS*

Langkah permulaan dengan PlayStation® Remote Play

1
Sambung kepada alat kawalan permainan
Cucuk telefon anda kepada Pengawal Backbone One untuk iOS atau mana-mana pengawal permainan lain yang serasi.
2
Buka app mudah alih PS Remote Play
Tekan konsol yang ingin anda mainkan. Pastikan konsol yang anda pilih telah dihidupkan atau dalam mod rehat.
3
Mula bermain
Anda kini sedang bermain konsol PlayStation® anda dari peranti mudah alih anda dengan alat kawalan yang telah disambungkan.

Muat turun app PS Remote Play percuma untuk bermula

Hanya beberapa ketikan diantara anda dan kebolehan untuk membawa PlayStation® di dalam poket anda.

Apa yang anda perlukan

Pastikan anda menyediakan item-item berikut sebelum bermula.
Peranti mudah alih yang serasi
Konsol PlayStation® 4, 4 Pro, atau 5
Pengawal Backbone One untuk iOS
Sambungan internet
App PS Remote Play
App Backbone

Bagaimana PS Remote Play berfungsi?

Cari jawapan kepada soalan yang selalu ditanya dibawah atau terus ke khidmat pelanggan PlayStation® untuk maklumat lanjut.
Lawati khidmat pelanggan PlayStation®
Bolehkah saya menggunakannya dengan Backbone One untuk Android?
􀅼

Untuk Android, ap PS Remote Play Sony secara eksklusif menyokong Pengawal Wayarles PlayStation® DualSense™ dan Pengawal Wayarles DUALSHOCK®4 Sony. Pada masa ini, tiada sokongan rasmi untuk mana-mana peranti input lain, termasuk Pengawal Backbone One untuk Android.

Sementara itu, pemain boleh menikmati beratus-ratus permainan yang tersedia daripada Google Play Store dan perkhidmatan permainan awan dan permainan jarak jauh yang ditawarkan oleh Xbox Game Pass Ultimate, GeForce Now, Steam Link dan banyak lagi. Ketahui semua cara anda boleh bermain dengan menyemak laman penemuan permainan dan platform kami.

Adakah saya perlu memiliki konsol PlayStation®?
􀅼

Ya, PS Remote Play memerlukan anda untuk mendaftar masuk ke dalam konsol PlayStation®. Mana-mana konsol juga boleh-- sama ada ianya milik anda, disewa, atau dipinjam, keputusan ditangan anda. Tiada konsol? Tiada masalah. Setiap pembelian Backbone One turut disertakan percubaan kepada perkhidmatan penstriman permainan awanan paling terkenal, termasuk Google Stadia Pro. Google Stadia Pro membenarkan anda bermainan permainan terkenal seperti Cyberpunk dan Resident Evil Village. Ketahui lebih lanjut disini playbackbone.com/gamepass/

Adakah konsol PlayStation saya sesuai?
􀅼

The PlayStation 4, PlayStation 4 Pro, dan PlayStation 5 semuanya menyokong kebolehan PS Remote Play. Memiliki PlayStation model generasi terdahulu? Jangan risau, terdapat pelbagai perkhidmatan penstriman awanan yang tidak memerlukan konsol untuk bermain permainan terkini seperti Cyberpunk dan Resident Evil Village. Ketahui lebih lanjut di playbackbone.com/platforms/

Bolehkah saya bermain semua permainan Playstation saya?
􀅼

Any game installed on your PlayStation 4, PlayStation 4 Pro, or PlayStation 5 can be played remotely. You can even download new games remotely through the PS Remote Play app.

Adakah saya perlu memiliki permainan PlayStation untuk memainkannya secara jauh?
􀅼

Ya. Untuk bermain permainan secara jauh, anda perlu memasangnya pada konsol anda terlebih dahulu. Jangan risau, sekiranya anda terlupa untuk memuat turun permainan sebelum anda meninggalkan rumah anda, anda juga boleh memuat turun permainan baru pada konsol anda melalui app PS Remote Play.

Adakah saya perlu berada dirumah untuk menggunakan PS Remote Play?
􀅼

Tidak! Itulah keindahan PS Remote Play. Selagi anda mempunyai sambungan internet yang stabil dengan telefon anda melalui wi-fi atau data selular dan konsol PlayStation anda telah dihidupkan atau dalam mod rehat, maka ia dapat diakses dimana-mana sahaja. Main dari kerusi malas di rumah nenek atau dari pantai di pulau terbiar.

Adakah PlayStation saya perlu dihidupkan untuk menggunakan PS Remote Play?
􀅼

Ya, hanya konsol PlayStation yang telah dihidupkan atau dalam mod rehat boleh diakses melalui app PS Remote Play.

Apa yang diperkatakan oleh orang lain
tentang pengalaman mereka
"Alat kawalan ini padu, sangat responsif, dan bersambung serta merta tanpa sebarang masalah. Saya telah bermain dengan PlayStation remote play, Castlevania Symphony of the Night dari App Store iOS, dan kedua-duanya berjalan dengan lancar."
— Jorge di Camden
"Salah satu alat terbaik yang boleh digunakan untuk permainan jauh pada PlayStation 5, saya telah gunakan klip alat kawalan, semuanya, ini yang terbaik setakat ini!!"
— Justin di Prineville
"Peranti yang sangat mengagumkan. Saya gunakannya untuk bermain PlayStation saya secara kasual apabila isteri ingin menonton TV atau semasa merantau. Rasa hebat, fungsi hebat, sangat disyorkan kepada mana-mana gamer."
— Bryan di Denver
Horizon: Forbidden West app icon
Horizon: Forbidden West
Sony Interactive Entertainment
Backbone One
Alat Kawalan Mudah Alih
4.6 (28,697 ulasan)
Diinspirasikan oleh rupa dan penampilan pengawal wayarles DualSense™ PS, Backbone One memberikan pengguna kawalan sentuhan untuk meningkatkan pengalaman permainan mereka di iPhone®. Regukan dengan Ap PS Remote Play dan anda boleh bermain permainan PlayStation® anda di mana-mana sahaja* dengan mudah. Hanya cucuk iPhone® anda kepada Backbone One dan mula bermain.