Backbone controller

Alat Kawalan iOS & Android Backbone One untuk Xbox Game Pass

Percuma Xbox Game Pass Ultimate untuk 1 bulan pertama dengan pembelian

Permainan awan dengan Xbox Game Pass Ultimate

Xbox Game Pass Ultimate merangkumi Xbox Live Gold dan lebih 100 permainan berkualiti tinggi. Main permainan seperti Halo Infinite* bersama rakan-rakan di konsol, PC, telefon, dan tablet, dan dapatkan keahlian EA Play — kesemuanya dengan bayaran bulanan yang rendah.
Xbox Game Pass Ultimate
Untuk masa terhad, pelanggan Xbox Game Pass Ultimate baharu akan memperoleh 1 bulan yang pertama secara percuma** dengan pembelian Backbone One melalui laman web Backbone atau melalui Microsoft Store.
* Halo Infinite: akan datang. Lihat xbox.com/gamepass, ea.com/ea-play, dan ea.com/ea-play/terms untuk butiran lanjut.
** Sah untuk ahli Xbox Game Pass baharu sahaja. Kad kredit diperlukan. Melainkan anda membuat pembatalan, anda akan dikenakan caj keahlian pada kadar biasa apabila tempoh promosi tamat. Tertaluk pada syarat, pengecualian, dan had penstriman. Xbox Game Pass (Beta): pilih peranti dan kawasan. Apabila penebusan dibuat, keahlian Gold sedia ada akan dinaik taraf kepada keahlian Ultimate mengikut nisbah penukaran. Katalog permainan berbeza mengikut waktu, kawasan, dan peranti. Lihat xbox.com/gamepass. Had: 1 setiap individu/akaun.
Game Pass Ultimate

Platform iOS dengan Sokongan Alat Kawalan

Ingin tahu sama ada anda boleh bermain platform permainan kegemaran dan perkhidmatan permainan jarak jauh menggunakan Backbone? Lihat senarai di bawah.
Pasang dan mula bermain. Tidak perlu mengecas, tidak perlu menunggu kemas kini, dan tidak perlu persediaan yang melecehkan. Terokai dunia baharu permainan dalam beberapa saat saja. Sememangnya mudah.
Controller with audio cable and lightning cable

Dibina khas untuk iPhone

Berfungsi dengan semua model iPhone yang menggunakan iOS 15.0 ke atas.
Backbone One iOS gaming controller with attached iPhone playing Call of Duty: Mobile with an orange background; the Backbone orange button is lit up orange

Rakam dan kongsi detik-detik terhebat anda

Rakam, edit, dan kongsi secara terus melalui Backbone. Tiada perkakasan atau perisian tambahan yang diperlukan.
Download from Apple App Store

Ayuh turut serta dan cari pemain Backbone lain untuk bermain bersama dengan serta-merta

Sembang suara dengan rakan-rakan dan bertukar-tukar antara permainan dengan lancar.
Backbone One controller showing Rooms function
Backbone One controller showing Rooms function
Airpods
Backbone One controller
Backbone One controller

Dapatkan maklumat terkini

Ketahui apabila rakan anda sedang bermain dan sertai mereka dengan hanya satu sentuhan.
See What Our Players Think
Sekiranya anda terlepas apa-apa
Peranti manakah yang serasi dengan alat kawalan Backbone One?
􀅽

Mana-mana iPhone yang menyokong iOS 15 ke atas boleh digunakan! Anda boleh melihat senarai penuh model yang disokong di sini.

Apakah permainan yang boleh dimainkan?
􀅼

Kebanyakan permainan dalam pustaka Xbox Game Pass boleh dimainkan di peranti mudah alih anda secara terus melalui awan. Untuk senarai yang terkini, sila kunjungi pustaka permainan.

Adakah saya memerlukan Aplikasi iOS Backbone untuk menggunakan alat kawalan Backbone One?
􀅼

Aplikasi iOS Backbone tidak diperlukan untuk bermain permainan menggunakan Backbone One anda. Namun begitu, aplikasi iOS Backbone One menawarkan pengalaman yang menarik yang dipacu oleh komuniti. Aplikasi iOS Backbone juga membuka ciri dan keupayaan baharu yang dilancarkan oleh pasukan pembangunan kami.

Bolehkah Backbone One digunakan bersama-sama Bluetooth?
􀅼

Ya, anda boleh menggunakan keupayaan Bluetooth peranti Apple anda semasa ia dipasang pada Backbone One. Malah, bermain menggunakan Backbone One sambil menggunakan AirPods akan mewujudkan pengalaman bermain yang sangat menyeronokkan dan mudah alih.

Adakah saya perlu mengecas Backbone One saya?
􀅼

Tidak, Backbone One tidak mempunyai bateri! Backbone One mengambil jumlah kuasa yang minimum daripada iPhone. Penggunaan kuasanya sangat rendah. Tahap penggunaan kuasa Backbone One begitu rendah hinggakan anda boleh membiarkan Backbone One terpasang pada telefon anda semalaman tanpa menjejaskan hayat bateri telefon.

Namun begitu, permainan yang dimainkan di telefon anda mungkin memakan kuasa yang banyak disebabkan oleh grafik, rangkaian, dan audio yang digunakan. DIsebabkan hayat bateri amat penting semasa bermain menggunakan peranti mudah alih, kami telah membina sambungan port Lightning bagi membolehkan anda mengecas telefon sambil bermain.

Adakah Game Pass Ultimate selama 1 bulan tersedia untuk pelanggan sedia ada?
􀅼

Malangnya, tidak. Tawaran ini hanya untuk pelanggan baharu yang membeli Backbone One.

Di manakah penstriman Game Pass Ultimate tersedia?
􀅼

Permainan awan dengan Xbox Game Pass Ultimate tersedia di 22 buah negara di serata Amerika Utara dan Eropah, serta Korea Selatan. Layari xbox.com/regions untuk butiran lanjut. Lebih banyak negara akan ditambah tidak lama lagi.

Apakah perbezaan antara xCloud dan Game Pass Ultimate?
􀅼

Project xCloud ialah nama pratonton teknologi awam bagi permainan awan yang dimulakan pada September 2019. Selepas mengumpulkan maklum balas daripada pemain dari serata dunia semasa pratonton tersebut, teknologi ini telah disertakan dalam Xbox Game Pass Ultimate agar anda boleh bermain lebih 100 permainan Xbox di telefon mudah alih atau tablet anda, secara terus melalui awan.

Bagaimanakah saya boleh menebus Game Pass Ultimate 1 bulan saya?
􀅼

Setelah anda menerima Backbone One melalui mel, pasangkannya pada telefon anda dan buka Aplikasi Backbone iOS. Kami akan memberi anda kod unik dan akan membimbing anda untuk melakukan penebusan. Hubungi saja kami melalui support@playbackbone.com.